Thursday, May 26, 2011

Tempahan cuti sekolah & majlis perkahwinan

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI! *Beli banyak dapat murah

Yeahuuu! Sekarang dah masuk cuti sekolah. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah sentiasa ada. Bersempena cuti sekolah ni, anak-anak dah mula bercuti. Lega pakteh rasa, tak la kalut sgt menghantar anak pergi balik sekolah. Anak sulong pakteh, Puteri tu bukan nya nak kalau orang lain pergi ambik dari sekolah. Memang dia nak pakteh juga lah. Alamatnya, kadang-kadang kena cilok sekejap tinggal kain baju kat kedai atau dadih kat dapur pergi mengambil dan menghantar Puteri. Tempahan dadih time cuti sekolah agak rancak. Hari-hari pakteh bersengkang mata tido lambat siapkan bahan. Paling tak tahan bila pakteh kena pelekat label dekat bekas dadih dan jeli kelapa. Sampai tersenggok-senggok atas kusyen. Almaklumlah, bisnes tak besar, sekadar cukop makan pakai dan paling penting HALALAN TOYYIBAN. Jadi, tak ada lah nk mengupah orang lain. Dari melekat label hingga lah menjual, semuanya pakteh buat sendiri. Lagipun, rasa puas hati bila kita sendiri yang buat semua. Boleh kawal kualiti barang. :)

Dikesempatan ini, pakteh ingin berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan Dadih Warisan dan Jeli Kelapa Warisan yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan makan dadih dan jeli kelapa pakteh. Untuk tempahan cuti sekolah, bolehlah membuat tempahan seperti biasa. Hubungi pakteh di talian yang tertera. Insyaallah, pakteh akan membuat penghantaran segera mengikut kehendak anda.

Cuti-cuti sekolah ni pon banyak anak-anak yang berkahwin. Jadi, pakteh turut menyediakan tempahan untuk majlis-majlis kahwin, tahlil dan mcm2 lagi majlis. Amboi pakteh ko! Rancak sekarang! Semua ko nak sebat! Rezeki! Rezeki! Jangan ditolak. Haaa...jgn lupa call tau!


Buah hati pengarang jantung, anak kedua pakteh, adik si Puteri, Mohamad Harith Hilmi. Dia ni sama naik ja berjaga malam dengan pakteh. Pakteh lena lambat dok kalut buat dadih malam tadi, dia kalut main boya dia. :)

No comments:

Post a Comment