Thursday, August 18, 2011

Lama sudah tak keudara...

Pakteh agak busy kebelakangan ni. Banyak kerja di kedai. Banyak baju nak kena potong, banyak pakaian nak disiapkan sebelum raya ni. Macam biasa, tempahan untuk raya memang menggalakkan cuma pakteh tak ambil banyak tempahan sangat tahun ni. Bukan apa, selalu tiap2 tahun kalut saja nak jahit baju sampai takdak masa beribadat. jadi tahun ni, pakteh nak bagi ruang sikit untuk kerja2 akhirat. Ikut hati tak mau miss langsung terawih tiap2 malam sampai habis Ramadhan. Ayuh sama2! ^-^

Sunday, May 29, 2011

Letih! Letih! Letih!

Pakteh baru abes satu trip ekspo FELDA dekat tapak tepi Tesco Mergong.
Penat xabes lagi ni. Huhu...Badan kira mau lena ja...Brrrrr....!

Terima kasih Yus Raja Lawak kerana mengunjungi gerai Pakteh walaupun tak beli apa2. Tapi sokongan tu dah cukup! Yus Jambu a.k.a Nora Danish! Hehehe...Dok kalut2 bisnes, xdan nak amek gbq pon dgn hg yus! Lenkali mai lagi noh. Semoga berjaya untuk MAHARAJA LAWAK!

Sekian dahulu. Ada lagi 100 helai bju nak kena jahit ni. Mampoih!

Friday, May 27, 2011

Alter baju / seluar

Pengalaman pakteh semasa menjadi student, sewaktu menghantar seluar atau baju ke kedai untuk di'alter' telah menyebabkan pakteh rasa geram sgt. Bayangkan lah, setakat nk potong kaki seluar kena charge sampai Rm10. Gila apa? Ketersediaan kedai jahitan yang terhad telah menyebabkan pengusahanya mengambil kesempatan untuk 'kapak' kaw2 pengguna. Ditambah pula masa yang terhad, apalah sgt dengan wang ringgit. Kadang2 tu pulak, jahitan yang depa buat sekadar 'asal boleh' ja. Hancur. Cincai kira. Tension kot. Jadi pakteh sgt memahami perasaan pelajar2 yang kadang2 terdesak dan terpaksa membazir wang utk meng'alter' pakaian mereka. Untuk itu, pakteh dengan rasa bermurah hati, memberi diskaun kepada STUDENT utk alter pakaian mereka. Bagi yang berminat, datanglah ke kedai pakteh. Jangan malu jangan segan. Pakteh bg HARGA KAMPUNG dengan kualiti butik!

Potong kaki seluar:
STUDENT - RM3 shj.
DEWASA - RM5 shj.

Alter kaki seluar (bagi kecik atau buat carrot cut)
STUDENT - RM8 shj.
DEWASA - RM10 shj.

Alter keseluruhan seluar:
STUDENT -RM10 shj.
DEWASA - rm15 shj.

*Harga yang pakteh bg adalah paling murah. Jika ada yang lebih murah dari pakteh, sila komplen. Pakteh akan bg harga sampai puas hati. :)


Thursday, May 26, 2011

Tempahan cuti sekolah & majlis perkahwinan

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI! *Beli banyak dapat murah

Yeahuuu! Sekarang dah masuk cuti sekolah. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah sentiasa ada. Bersempena cuti sekolah ni, anak-anak dah mula bercuti. Lega pakteh rasa, tak la kalut sgt menghantar anak pergi balik sekolah. Anak sulong pakteh, Puteri tu bukan nya nak kalau orang lain pergi ambik dari sekolah. Memang dia nak pakteh juga lah. Alamatnya, kadang-kadang kena cilok sekejap tinggal kain baju kat kedai atau dadih kat dapur pergi mengambil dan menghantar Puteri. Tempahan dadih time cuti sekolah agak rancak. Hari-hari pakteh bersengkang mata tido lambat siapkan bahan. Paling tak tahan bila pakteh kena pelekat label dekat bekas dadih dan jeli kelapa. Sampai tersenggok-senggok atas kusyen. Almaklumlah, bisnes tak besar, sekadar cukop makan pakai dan paling penting HALALAN TOYYIBAN. Jadi, tak ada lah nk mengupah orang lain. Dari melekat label hingga lah menjual, semuanya pakteh buat sendiri. Lagipun, rasa puas hati bila kita sendiri yang buat semua. Boleh kawal kualiti barang. :)

Dikesempatan ini, pakteh ingin berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan Dadih Warisan dan Jeli Kelapa Warisan yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan makan dadih dan jeli kelapa pakteh. Untuk tempahan cuti sekolah, bolehlah membuat tempahan seperti biasa. Hubungi pakteh di talian yang tertera. Insyaallah, pakteh akan membuat penghantaran segera mengikut kehendak anda.

Cuti-cuti sekolah ni pon banyak anak-anak yang berkahwin. Jadi, pakteh turut menyediakan tempahan untuk majlis-majlis kahwin, tahlil dan mcm2 lagi majlis. Amboi pakteh ko! Rancak sekarang! Semua ko nak sebat! Rezeki! Rezeki! Jangan ditolak. Haaa...jgn lupa call tau!


Buah hati pengarang jantung, anak kedua pakteh, adik si Puteri, Mohamad Harith Hilmi. Dia ni sama naik ja berjaga malam dengan pakteh. Pakteh lena lambat dok kalut buat dadih malam tadi, dia kalut main boya dia. :)

Selamat Datang Sahabat semua!

Ini merupakan blog pertama pakteh. Almaklumlah, pakteh ni mana la reti sangat dengan hal2 blog ni. Belajaq sikit2 ja daripada anak-anak menakan, kat internet. Lama2 buleh la sket2. Pakteh harap blog ni dapat menjadi medium interaksi pakteh dalam menyalurkan maklumat pasal bisnes pakteh disamping menghubungkan silaturrahim sesama umat. Insyaallah, pakteh akan cuba membantu anda yang menghadapi masalah berkaitan pakaian. Yang mana buleh tolong, pakteh akan tolong.

Terima kasih kerana sudi menjengok!
Sila2...buat macam rumah sendiri yer... :)


Galeri


HARAP MAAF
***Sedang dikemaskini***

Testimonial

HARAP MAAF
***Sedang dikemaskini***