Wednesday, May 25, 2011

Sejarah Ringkas Awal Penubuhan Copper Hill









Copper Hill Trading adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang diasaskan oleh seorang anak FELDA untuk menyahut seruan kerajaan menjadi rakyat yang berdikari dan bersedia memajukan diri sendiri demi masa depan yang lebih cemerlang.

Pada tahun 2008, berbekalkan sedikit ilmu yang dipelajari di kelas jahitan anjuran MARA dan beberapa tahun bekerja di beberapa buah kilang menghasilkan pakaian, Mohd Hafiz bin Hj. Din nekad memulakan perniagaan sendiri. Beliau yang merupakan anak bongsu dari 6 orang adik-beradik tidak menoleh kebelakang lagi dan menyewa sebuah rumah kedai di Bandar Bharu Pokok Sena. Permulaan perniagaan dan permintaan yang semakin hari semakin bertambah menambahkan keyakinan beliau untuk terus maju di dalam bidang perniagaan penghasilan pakaian. Namun setelah beberapa bulan, Copper Hill Trading terpaksa berpindah ke tempat yang lain kerana pemilik tuan kedai tersebut tidak mahu menyewa lagi. Keadaan ini tidak melunturkan semangat Hafiz, dengan modal simpanan sendiri dan sedikit bantuan dari saudara-mara, beliau memilih untuk mendirikan rumah kedai sendiri di kampung halamannya, FELDA BUKIT TEMBAGA, KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN. Malah beliau juga memilih nama COPPER HILL TRADING sebagai identiti syarikat beliau yang berasal dari nama kampung asal beliau sendiri iaitu "Bukit Tembaga". Menyedari risiko yang bakal dihadapi kerana kedai jauh dari kawasan bandar, Hafiz langsung tidak gentar. Menurutnya,

"Rezeki itu datangnya dari Allah, sedangkan cacing didalam batu pun boleh hidup, inikan pula aku. Tambahan pula, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri."

Alhamdulillah, berkat dari kesabaran dan keyakinan dengan rezeki yang halal daripada Allah, Copper Hill Trading terus menerus mengembangkan perniagaannya.

1 comment:

  1. mohon dibuka cawangan dengan lebih banyak terutama di kawasan yg sedang membangun seperti di kokdiang, baling, bkt selambau.

    ReplyDelete